Pages

Click Click .....

NuffNang!!

10 Unusual Methods of Capital Punishment!!



Kali ini, kakilepak ingin berkogsi maklumat yang entah apa-apa mengenai beberapa cara atau kaedah yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah yang melakukan kesalahan. Selalunya hukuman ini dijalankan kepada pesalah jenayah dan juga musuh dalam politik(kebanyakkannya digunakan di negara barat sahaja,Malaysia masih mengamalkan Demokrasi Terpimpin).haha

1. Pendulum!!

Pendulum merupakan alat yang digunakan untuk menjatuhkan hukuman oleh mahkamah di Spanyol suatu ketika dahulu. Walaupun Pendulum merupakan alat yang menyebabkab kesakitan yang teramat dasyat kepada pesalah, namun alat ini mampu menimbulkan ketakutan dalam diri pesalah dan membuatkn mereka mengaku dengan cepat.Pesalah akan diikat diatas kerusi kayu supaya mereka tidak dapat bergerak. Diatas mereka,digantung pisau berbentuk sabit yang boleh berhayun dari hujung kepala sehingga ke kaki dan sebaliknya. Tempat atau bahagian dimana pisau tersebut digantung boleh direndahkan, dan ini akan menyebabkan pesalah akan mengaku apabila pisau semakin hampir dengan badan mereka. Sekiranya tiada pengakuan yang dibuat, pisau akan terus direndahkan sehingga memotong badan pesalah bermula dari bahagian dada mereka. Selalunya, pesalah yang menerima hukuman ini akan terbelah kepada dua bahagian, namun tiada laporan yang menunjukkan pesalah tidak terbelah atau masih hidup selepas dibelah.. :p

2. Immurement

Immurement merupakan satu jenis hukuman yang agak teruk dan berpuaka kerana pesalah akan ditinggalkan keseorangan di dalam bangunan yang ditutup seluruh bahagian dindingnya tanpa ada pintu atau tingkap atau bumbung. Pesalah akan dibiarkan mati kebuluran dan dahaga bersendirian. Hukuman ini dinspirasikan daripada kejadian yang sering menimpa pembina atau buruh yang menjalankan pembinaan jambatan atau tembok. Menurut beberapa lagu rakyat masyarakat Romania dan Bulgaria, seorang pengantin perempuan ditawarkan untuk dibawa ke tempat pembinaan oleh pekerja binaan, namun beliau menolak dan meminta supaya tangan dan buah dadanya dilepaskan supaya dia masih dapat menyusukan anaknya suatu hari nanti. Namun nasib malang menimpa beliau apabila beliau mati di dalam bangunan atau tembok yang dibina. Beliau menjelma menjadi bayang-bayang dan akan membunuh pekerja yang kesunyian dan koseorangan di dalam mana-mana bangunan atau tembok yang dibina. Tapi itu sekadar lagenda sahaja bukan!!

3. Lapidation

Lapidation atau merejam merupakan kaedah yang sering digunakan di negara barat suatu ketika dahulu. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang digunakan dalam islam di negara-negara islam hingga ke hari ini. Pesalah akan dibaling dengan batu oleh orang di sekelilingnya sehingga beliau mati. Tidak dapat dipastikan siapa yang menyebabkan beliau mati kerana jumlah orang yang membaling batu amat ramai dan batu juga tiada tanda nama atau hak milik. Kaedah ini digunakan dalam perundangan kehakiman. Kesakitan yang dialami amat perlahan, namun pesalah amat terseksa sebelum beliau mati.

4. Breaking Back

Kaedah hukuman ini dijalankan dengan mematahkan tulang belakang pesalah dan membiarkan pesalah mati dalam keadaan dahaga. Ini merupakan kaedah dan teori yang digunakan oleh orang Mongolia agar dapat mengelakkan darah yang merata-rata di atas tanah.

5. Iron Maiden

Nama hukuman ini pun dah macam nama kumpulan rock dulu-dulu..haha.. Iron Maiden ini merupakan sebuah peti atau kotak yang dibina dengan besi dan di dalamnya diletakkan pelbagai objek tajam seperti duri, pisau dan sebagainya. Pesalah akan dimasukkan ke dalam peti ini dalam keadaan berdiri dan pintu peti ini akan ditutup berulang-ulang kali. Pesalah akan mati disebabkan kehilangan darah yang amat banyak dan juga kekurangan oksigen disebabkan tekak mereka ditebuk berulang-ulang kali. Hukuman ini banyak dipraktikkan di England sepanjang abad ke 18.

6. Execution by Elephant

Hukuman menggunakan gajah merupakan kaedah yang telah lama diamalkan hampir seribu tahun dahulu di bahagian selatan Asia, dan kebanyakkannya dilakukan oleh kerajaan India. Gajah yang digunakan telah dilatih dengan baik dan cekap, untuk membunuh pesalah atau menyiksa pesalah untuk satu tempoh yang panjang. Dimiliki oleh keluarga diraja, gajah ini melambang kuasa yang kuat sebagai raja, dan kehebatan seorang raja untuk menjinakkan haiwan yang amat liar. Kaedah hukuman ini banyak menarik pihak pengembara daripada Eropah dan telah dirakam dan dicatatkan dalam jurnal mereka. Kaedah ini diharamkan oleh penjajah dari kerajaan Eropah ketika mereka menakluki kawasan itu pada abad ke 18 dan 19. Ketika hukuman ini diharamkan di Asia, keraja seperti Rome dan Carthage meniru kaedah ini dan menggunakannya ketika berhadapan dengan kumpulan tentera yang ramai.

7. Damnatio Ad Bestias

Damnatio Ad Bestias merupakan kaedah hukuman yang unik kerana pesalah akan dihumban ke dalam sangkar seperti sarkas dan dipertontonkan kepada khalayak ramai. Selalunya pesalah akan dihumban bersama singa sebagai teman atau pesaing. Kaedah ini dibawa ke kerajaan Rome pada abad ke-2 sebelum masihi daripada Asia,dan diamalkan sehingga abad ke-6 selepas masihi. Di Rome, Damnatio Ad Bestias merupakan satu pertunjukan atau pertandingan yang diadakan di Flavian Amphiteature. Pada abad 1 hingga ke-3 selepas masihi, kaedah ini dijalankan kepada pesalah yang paling kejam dan juga kepada orang kristian. hukuman ini kemudia diharamkan pada tahun 681 selepas masihi.

8. The Boats
The Boats atau lebih dikenali dengan Scaphism merupakan kaedah daripada kerajaan Purba suatu ketika dahulu. Pesalah akan ditelanjangkan dan diletakkan dalam keadaan baring dengan tangan dan kakinya diikat di atas sebuah bot. Pesalah akan dipaksa untuk minum susu dan madu setiap hari dalam keadaan yang banyak. Hasilnya, pesalah akan mengalami diarrhea dan madu juga akan disapu diseluruh tubuh pesalah untuk menarik serangga. Pesalah akan dibiarkan terapung di tengan tasik dan terdedah dengan matahari. Pesalah akan mengalami akumulasi dan akan menyebabkan serangga lebih tertarik untuk datang dan membiak di datang daging pesalah. Keadaan ini mengebabkan pesalah mengalami gangguan salur darah kerana serangga mula membiak di dalam tubuh beliau. Susu dan madu akan diberikan setiap hari untuk mengelakkan pesalah mati kelaparan, tetapi mahu pesalah mati dalam keadaan yang menyeksakan. Pesalah akan mengalami igauan dan menjadi gila dalam masa 2 hingga 3 minggu selepas hukuman dijalankan.

9. Sawing

Kaedah ini dijalankan di Eropah ketika pemerintahan kerajaan Roman, juga dijalankan di Timur Tengah dan juga di Asia. Pesalah akan digantung dalam keadaan kaki di atas, dan digergajikan bermula dari bahagian punggung. Pesalah akan menerima bekalan darah yang banyak dari jantung dan menyebabkan berlaku pendarahan yang banyak dan kesedaran diri. Disebabkan tubuh pesalah yang bergoyang ketika hukuman dijalankan, amat sukar untuk menyelesaikan kerja menggaji pesalah. Kerajaan China telah menemui kaedah penyelesaian terhadap permasalahan tersebut dengan mengikat mangsa pada dua kering papan yang ditanah di atas tanah. Mangsa diikat dengan keadaan terbalik dan hukuman dijalankan dengan menggaji bahagian tengah papan tersebut sehingga sampai ke bahagian tubuh mangsa.

10. Brazen Bull

Brazen Bull atau Sicilian Bull diilhamkan ketika zaman kerajaan Greece purba. Penciptanya, Perillos of Athens, memperkenalkan kaedah ini kepada Phalaris, firaun Akragas pada ketika itu. Sicilian Bull ini dibina menggunakan sepenuhnya tembaga, dan mempunyai pintu. Pesalah akan dimasukkan ke dalam perut Sicilian Bull ini dan pintu akan ditutup. api akan dinyalakan dibahagian bawah perut Sicilian Bull ini sehingga membakarnya menjadi warna kekuningan. Pesalah yang berada di dalamnya akan mengalami kepanasan dan terbakar. Jeritan pesalah akan menjadi bunyi seperti seekor lembu yang sedang marah kerana Perillos telah mencipta beberapa tiup yang akan menukar jeritan menjadi bunyi lembu marah. Phalaris tidak begitu yakin dengan kata-kata Perillos dan meminta beliau untuk masuk dan menjerit di dalam Sicilian Bull tersebut. Setelah Perillos masuk, Phalaris menutup pintu dan menyalakan api di bawah Sicilian Bull tersebut. Perillos yang kepanasan menjerit dan jeritan itu menjadi bunyi lembu marah dan membuatkan Phalaris percaya. Sebelum sempat Perillos mati, Phalaris mengeluarkan beliau dari Sicilian Bull tersebut. Perillos yang menyangka beliau mendapat anugerah hasil daripada ciptaanya itu telah dihumban dari bukit yang tinggi. Phalaris juga dikatakan mati di dalam Sicilian Bull tersebut setelah kerajaan beliau ditumbangkan oleh Telemachus, pewaris kerajaan Theron. Tulang yang terdapat di dalam Sicilian Bull tersebut dikatakan kelihatan seperti belian dan diambil untuk dijadikan gelang.

2 comments:

Farhana Sukre said...

Hukuman no 1 dan 8 mengerikan..Pendulum tu kalau betul2 tak bersalah pun akan mengaku bersalah..huhu

Apapun, info yang menarik!

kakilepak said...

thanx..ngeri jgk la..suma hukuman ni pn kejam2,klu dipraktikkn zaman skang ni,sah2 xda org nk uat jahat,suma jd bek..tp klu dh setan tu,xleh nk uat apa la..haha