Melihatkan kemesraan
 kucing ini, 
kakilepak ingin berkongsi maklumat mengenai haiwan yang manja dan comel ini.
1. Sukar untuk menentukan sama ada kucing ini 
kidal atau tidal, tetapi hampir
 40 peratus kucing kidal dan 
40 peratus juga tidak kidal. Namum apa pn, mereka masih mampu menangkap bola benang dengan kedua-dua belah kaki mereka.
2. Kucing tidak suka makanan yang
 terlalu panas atau terlalu sejuk. Mereka mungkin agak memilih dan lebih suka makan makanan yang
 bersuhu bilik, seperti mana suhu mangsa mereka. Itu lebih baik dan sedap!!
3. Kucing mampu melihat 
warna dan mengenal pasti 
perbezaan warna. Mereka memiliki kemahiran membezakan warna yang tinggi daripada manusia. Kucing juga mempunyai 
pandangan malam yang tinggi dan hanya memerlukan 
1/6 daripada 
cahaya yang diperlukan oleh manusia untuk melihat di dalam gelap.
4. Mengikut bahasa Inggeris, sekumpulan kucing mempunyai gelaran masing-masing. Jika sekumpulan anak kucing akan dipanggil 
'kindle'. Tetapi jika sekumpulan kucing dewasa akan dipanggil
 'clowder'.
5. Kita sedia maklum kucing mengeluarkn bunyi '
meow' tidak kira dalam apa situasi sekalipun. Namun begitu, kucing tidak mengeluarkn bunyi tersebut 
terhadap kucing lain, dan mereka hanya mengeluarkan bunyi tersebut hanya kepada 
manusia.
6. Kucing dapat menganl pasti 
mood tuannya atau manusia lain hanya dengan mendengar 
nada suara kita. Sekiranya nada suara yang 
tinggi, mereka tahu bahawa kita sedang 
marah, walaupun mereka seperti tidak ambil peduli. Jadi sekiranya ingin berbaik dengan kucing, gunakanlah nada suara yang
 rendah dan elok.
7. Pintu kucing yang pertama diperkenalkn oleh 
Sir Isaac Newton. Ini kerana beliau melihat kucingnya sukar untuk masuk ke dalam rumah. Dan kini pintu kucing telah banyak digunakan di seluruh dunia.
8. Kucing mempunyai kemahiran 
mengawal badan yang amat baik. Dalam apa keadaan sekalipun, kucing akan jatuh dengan 
keempat kaki mereka ke bawah. Ini kerana kucing mempunyai kemahiran untuk memusingkan badan ke arah 
graviti dengan mudah.
9. Kucing mampu menghasilkn banyak kucing. Sekiranya seseorang mempunyai sepasang kucing, mereka mampu memiliki 
420 000 ekor kucing dalam masa 7 tahun.
10. Kucing juga mempunyai tanda identiti mereka yang sendiri. Seperti manusia, tanda kelaian yang ada pada seekor kucing adalah di 
hidung mereka. Setiap kucing memiliki hidung yang berbeza antara satu sama lain, macam cap jari juga la...