Pages

Click Click .....

NuffNang!!

11 Giant Wild Animal Of India!!

India merupakan negara yang kaya dengan hasil bumi yang pelbagai, begitu juga kaya dengan filem-filem serta pelakon-pelakon yang hebat. 

kakilepak nak fokus pada haiwan yang ada di India. 

Terdapat 11 ekor haiwan yang besar dan hanya ada di India sahaja..haha


1. Indian Flying Fox!!
Haiwan ni memang besar. Dengar nama pun dh rasa macam nk buat sukan extreme pulak..haha.. Indian Flying Fox atau dikenali sebagai The Great Indian Fruit Bat adalah kelawar yang terbesar di dunia, dengan saiz lebarnya antara 1.2 meter hingga 1.5 meter. Haiwan ini hanya makan buah-buahan seperti mangga dan pisang, dan ia tinggal dalam koloni yang mempunyai lebih dari seratus ekor kelawar di dalam hutan di kawasan barat Ghats. 'Salim Ali Bird Sanctuary" di Kerela dan Goa menjadi habitat haiwan ini. Terdapat satu lagi jenis kelawar seperti ini dan ia dikenali sebagai Great Himalayan Horseshoe Bat. Mungkin sebab kakinya macam kuda kot..haha

2. Great Indian Bustuard

Great Indian Bustuard merupakan burung yang paling berat di dunia. Burung ini hanya dapat ditemui di beberapa kawasan di Gujarat, Maharashtra dan Rajasthan. Disebabkan kurangnya spesis burung ini, ia telah diklasifikasikan sebagai haiwan terancam dan ditempatkan di bawah kawalan Desert National Park. Burung ini juga menjadi burung rasmi untuk Rajasthan.


3. Great Indian Hornbills
Great Indian Hornbills ini merupakan burung yang suka makan buah dan hanya makan buah-buahan sahaja. Burung ini terdapat di beberapa kawasan di timur India. Burung ini menjadi daya tarikan pelancong di Mundanthurai Wildlife Sanctuary. Burung ini diisytiharkan sebagai burung rasmi bagi Arunachal Pradesh kerana disitulah haiwan ini gemar tinggal dan membiak.


4. Great Horn Owl
The Great Indian Horn Owl ini merupakan burung hantu yang paling besar dijumpai di kawasan pergunungan dan kawasan berbatu di India. Burung ini merupakan pemangsa utama dan aktif di hutan di India. Menangkap dan membunuh nurung ini merupakan kesalahan di bawah undang-undang India.


5. Great Indian Hornets
Ini bukan 'Green Hornet' walaupun namanya sama..haha.. Inilah Great Indian Hornets. Lebah ini merupakan lebah yang paling besar di dunia dengan saiz taringnya sepanjang 6mm yang menyuntik racun ke dalam tubuh mangsa. Sengatan lebah ini merupakan antara sengatan haiwan yang paling sakit di India.


6. Giant Indian Squirrel
Giant Indian Squirrel ini merupakan tupai pokok yang besar dan tinggal di kawasan Malabar di India dan ia juga dikenali sebagai Malabar Giant Squirrel. Giant Indian Squirrel ini, atau nama saintifiknya Ratufa Indica merupakan tupai terbesar di dunia. Tupai ini hanya tinggal di dahan poko yang tinggi di hutan kawasan barat Ghats dan jarang turun ke tanah. Tupai ini diisytiharkan sebagai haiwan rasmi Maharashtra dan dilindungi oleh Bhimashankar Wildlife Sanctuary.


7. Giant King Cobra

Ular King Cobra ini biasanya ditemui oleh masyarakat India di sekitar kawasan Kerala atau Land of God dan juga di kawasan selatan India. Ular ini merupakan ular berbisa yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 5 hingga 5.5 meter atau 17 hingga 18 kaki dengan tubuh yang unik dan menarik. Giant King Cobra merupakan ular yang terbesar di India dan salah satu spesis ular yang pling berbisa di dunia. Satu lagi ular yang besar yang terdapat di india adalah Indian Python, dan ular ini merupakan spesis ular yang pling banyak di India.


8. Giant Monitor Lizard

Bengal Monitor Lizard merupakan biawak yang paling besar di India dengan ukuran badan sepanjang 75cm dan ukuran ekor sepanjang 100cm. Ekor lagi panjang dari badan..haha.. Haiwan ini tinggal di negeri Tamil Nadu di India dan membunuh haiwan ini merupakan satu kesalahan besar di India.

9. Giant Black Scorpion
Kala jengking ini merupakan antara haiwan yang besar dan menjadi haiwan dalam spesisinya yang paling besar iaitu boleh menjangkau kepanjangan 1 kaki. Giant Black Scorpion ini merupakan haiwan pemangsa yang amat merbahaya di hutan di negara India dan ianya berbeza dengan kala jengking padang pasir yang agak berbulu..hmmm

10. Giant Wood Spider

Labah-labah ini merupakan labah-labah yang terbesar di India dengan saiznya antara 3 ke 5 inci. Labah-labah ini boleh ditemui di India dan juga di beberapa negara Asia. Labah-labah betina akan menghasilkan sarang yang amat besar untuk memerangkap mangsanya dan antara mangsa yang mampu diperangkap adalah burung. Hebat juga labah-labah ni sebab makan burung..

11. Giant Indian Mantis

Ya, ini bukannya Mantis yang kita pernah lihat dalam cerita KungFu Panda tu,ini lain..haha..Mantis ni merupakan haiwan dari spesisnya yang paling besar dijumpai di India dan beberapa negara Asia. Saiznya boleh dianggarkan secara kasar berukuran 100mm. Habitat haiwan ini di kawasan semak samun, kawasan belukar dan warna haiwan ini bergantung kepada habitat dan persekitarannya..

No comments: