Pages

Click Click .....

NuffNang!!

Fun Facts About Mosquitoes!!


Disebabkan kakilepak mengalami gangguan Nyamuk yang agak keterlaluan,
kakilepak ingin berkongsi beberapa fakta menarik mengenai Nyamuk!!

1. Seekor Nyamuk boleh hidup selama hampir 5 bulan. Telur Nyamuk ini akan mengambil masa beberapa bulan untuk menetas dan hanya menetas di dalam air sahaja. Sekiranya telur itu tidak berada di dalam air, ia mampu bertahan selama beberapa tahun dan menetas semula selepas terendam di dalam air.

2. Berat seekor Nyamuk betina hanya 1/150 000 auns atau hampir 2.0 miligrams.

3. Kibaran sayap Nyamuk adalah antara 300 hingga 600 kibaran sesaat.

4. Nyamuk jantan mencari Nyamuk betina hanya dengan mendengar bunyi kibaran sayapnya sahaja. Nyamuk jantan mampu mengenai pasti jenis Nyamuk betina dengan bunyi 'pitch' kibaran sayap Nyamuk tersebut.

5. Nyamuk mampu terbang sejauh 1 hingga 1.5 kilometer sejam.

6. Nyamuk tidak terbang jauh dari kawasan larva mereka. Hanya Nyamuk jenis 'Salt Harsh Mosquitoes' sahaja yang terbang antara 75 hingga 100 kilometer dari kawasan larva mereka.

7. Nyamuk boleh menghidu karbon dioksida yang dihembus oleh manusia sejauh 65 hingga 75 kaki.